بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Rabu, 14 April 2010

Sedekah yang ikhlas...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasuluallah s.a.w bersabda :

" Ada seseorang berkata, sesunggunnya saya akan menyedekahkan sesuatu"
lantas dia pun mengotakan kata2nya..

sedekah yang pertama jatuh ke tangan seorg pencuri..

1)Sedekah kp pencuri
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada seorng pencuri
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, segala pujian hanya pada-Mu, Sesungguhnya saya akan bersedekah lagi"

Lantas dia menyedekahkan sesuatu..Tanpa diketahui sedekahnya jatuh kepada seorang pelacur

2)Sedekah kp pelacur
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada seorng pelacur
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, segala pujian hanya pada-Mu, Sesungguhnya saya akan bersedekah lagi"


Lantas dia menyedekahkan sesuatu..Tanpa diketahui sedekahnya jatuh kepada orang kaya

3)Sedekah kp orang kaya
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada orang kaya
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, hanya pada-Mu segala pujian, beberapa kali saya telah bersedekah
namum ternyata jatuh ke tangan pencuri, pelacur, dan orang kaya"

Kemudian ada seorang datang lalu berkata kepadanya
" Ada pun sedekahmu kp pencuri, mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,
sedangkan sedekahmu kp perempuan jahat moga ia berhenti daripada berzina,
sedekahmu kp orang kaya, semoga ia mahu mengambil iktibar dan segera menafkahkan sebahagian harta yang Allah kurniakan kepadanya "

P/s: Dari kisah ne mari lah kite same renungkan dimanakah tahap bersedekah kite...
semoga kite dapat sesuatu dari Allah atas sedekah kite yang sedikit tetapi istiqamah..
tapi kene ingat tersedekah kat orang kaya tak pe tapi ZAKAT tak boleh diberi kepada orang kaya

wawallahualam...

0 ulasan: