بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Rabu, 30 September 2009

Pinjam Buku..


Hr ne 29/9/09 cantik kan tarikh 2.. hee tp ade cerita disebaliknye…kbtln ptg ne id x de clss Jepun so id mmg lah bercadang nk g libry nk pimjam buku..Ne pengalam 1 hee bkn x pernah g ibry tp id x pernah pimjam buku sbb ustz nak 10 buku rujukan so id pimjamlah…

Id x th lah sytm pimjm bk kat liby shah alam ne lain..hee.. sebab ms id kat uitm Melaka 2 lain n buku limit 5 buku je sorg n kn g kat kauter…tp kat shah alam ne gn mesin id x lah terkejut tp yelah serabut sgt fikirn ne byk benda nk fikir x tetiba lak bl mesin 2 scan book x blh nk scan puaslah id pusing kan buku 2..ingt x de org bile teleh blkg ade akhi bekopiah raihan sdg menunggu..

malunya id bg dia pimjm bk dulu yelah buku dia x byk n id ne frist time gn mesin 2 dh lah x bace instucn main redah je..hee rpnye td lp nak letak card id lak g ty kat kauter nk beli card padahal guna je card pelajar ape lah yg id 2 lah kelam-kabut sgt tq ukhti yg jage kauter 2 terpaksa jwb sln2 pelik id..heehe malunye..

Cerita Isnin ku…


Hr ne dah mule class …yelah clss pagi ramai sahabat2 yg x g clss yelah mgkin pnt sbb rmi sahabat2 dok jauh2..emm penatnya dah lah clss hr ne penuh smp kol 7… td id prenstion ipk ya ALLAH id rase teruknye id prezn..x th lak nape id ne.. walau byk mn prenstin yg sblm ne id bt pun id ms tkt lg bt prenstin…

“ Ya ALLAH lapangkanlah hatiku dan hilang kan lah kekakuan pada lidah ku agar mereka megerti akan perkataanku”

id di tegur oleh sorg ukhti “ tak dengar lah blh kuat sikit..” nasib baiklah ustz tak ckp ape2… sbnrnya suara id mmg cm 2 blh kot kuat sikit n id ne jns yg cakap cepat kdg2 sahabat2 id x fhm ape id ckp yelah org ln ckp 2 3 nada id cakap dlm 1 nada je utk ayt yg pnj..kadang2 klu id ckp dg ikhwan lg lah x dengar..hee tp ape2 pun syukran ye ukhti coz tegur insyaallah id akan cube perbaiki…sedihnya ustz marah psl prestin td kateye id x ikut bk Wahba al-zuhaili…

ustz mgkin id x berape nak prepr utk prestion 2 nk so prestion 2 jd x jelas disbb kan gemuruh sgt klu ckp kat dpn lg lah Nampak x prepr nye huu…huu mmg lah dlm Wahba al-zuhaili 4 tp id ikut buku lain ikut mazhab hanafi ade 5 jenis… malunye + sedih… dsbbkn sedih id balik lah ke klj mawar sblm 2 id singah dc nk beli mkanan coz id pose 6…id tgk rami mls nk tunggu id blk je.. n id berbuke lah dg kurma n biskut hr ne.. Allhamdulilah…

Berat nye ati nk balik…


Hr ne 27/9/09 beratnye ati ne nk balik shah alam…tp ape kn daye kan bertemu berpisah kerana ALLAH lumrah manusia…n hr 2 gak mak id ade bt openhouse nk ms nk blk 2 pak cik lak mai umah huu.. lg lah berat tp id kuatkn ati tq ALLAH..yelah mn tak nye esk ade TEST Protocol huu berat btl imtihan ne.. id dpt tiket kol 11 tp bkn ke shah alam tp ke pudu + & - bas berhenti n jem so id smp pudu kol 3 lebih Allhamdulilah Allah permudahkan urusan id..setelah penat id berjalan dr pudu ke pasar seni sorg2 maka bile id smp kat stsion bas rapid pun smp..Allhamduliah..

bas lak x penuh n id dpt duduk kire x yah bersesak2 lah…tetiba teringat lak pengalaman mase jatuh dlm bas yg same ms bln pose hr 2..malu x terkate ALLAH je yg th persn id ms 2.. nasib baik lah id pakai mask ms 2 yelah H1N1 kan prevention is batter then secure kan… klu x lah x tahu lah id nak sembunyi muke kat ner..Dan Allhamdulilah id smp syksen 2 tukar bas lak n id smp kol 4 dpn pintu bilik… mase id balik 2 sunyi je rmi lg lah yg x balik lg lg pun ramai yg ambik tiket petg n mlm…Ayu Roomate id x balik lg…huu ct sakan Nampak…yelah dia dr Kelantan kan so ms smp subuh nant..

“ Rumahku syurgaku “

Khamis, 24 September 2009

Ingat-mengigati

ok.. id shj nak pesan-memesan kp sahabat seme n utk diri id sendiri cara berpakain yg sopan..
seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat:59

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”























yg ne lak antara kesalahan berpakaian kebanyakan org2 kite n id buat..semoga kite perbaiki ape yg kurang...

Wallah-hu-a'lam...

Amar Makruf Nahi Mungkar


1. KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Umat islam dituntut untuk berdakwah mengukut kemampuan masing-masing

· Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam masyarakat

· Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar

· Manuisa serng lalai dengan perkara wajib dan untuk menjauhi perkara yang ditegah berikutan dari pengaruh dan persekitaran atau budaya luar.

2. SIFAT PENDAKWAH

  • Berilmu
  • Beramal dengan ilmu
  • Berakhlak mulia

3. GARIS PANDUAN DALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Dengan cara hikmah :

Iaitu dengan menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas kepada mereka yang berjiwa kuat yang

memerlukan kebenaran

· Mauizah hasanah ( nasihat yang baik )

· Berbincang dengan cara yang baik

4. CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH

· Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat

· Berdakwah secara diplomasi

· Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang lebih besar

· Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama islam

· Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah

· Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam

· Meceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar

5. FAEDAH / HIKMAH MENGAMALKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

· Dapat menegakkan hukum Allah serta syariat islam

· Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat

· Pembangunan negara berjalan lancar

· Ekonomi bertambah baik dan meningkat

· Dapat memelihara harta, maruah, keturunan dan hak-hak individu


Sahabta vs kawan


emm tetiba id rs nk tulis pasal sahabat vs kawan... rase2 nye ade beze tak sahabat n kawan...
bg pendapat id ade beze tp susah sikt nk cerita mcm mn... kite akan rase sendiri kwn kite 2 sabahat baik kite atau pun sekadar kawan sahaja...kat sini id suke nak share tentang sahabat baik id name di beri Aireen Ayu..Allhamdulilah... kami masih berhubung rapat walupun kami di dunia masing2... dia jauh utara...penang id kat shah alam je..walaupun rumah kami kat melaka agak sukar utuk id jmp aireen maklum lah jauhkan..bila id balik aireen x balik bile aireen balik id x balik..so kami akan jumpa mugkin ms perayaan...sedih rasenye tapi 2 lah.. ukwah itu indah bertemu berpisah hanya kerana ALLAH....id cume berdoa kp ALLAH semoga id dapat sahabat yg baik yg blh mengajak id kepada jalan yang diredai n mencari keredaan ALLAH coz bt ms skrg ne id kat shah alam 2 rese keseorgan sgt2 tp. tp id tahu ALLAH sentiasa bersame id..yg ramai disekeliling id blm rs sahabatnye 2..mugkin id blm jadi terbaik untk dapat sahabt baik...
Wallah-hu-a'lam....

lagu ne id tuju khas bt sahabat baik ku Aireen Ayu semoga ALLAH redai ukwah kite... amin..

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



Rabu, 23 September 2009

Hadis Minum Dan Makan Sambil Berdiri

Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".
Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah:


"tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri
(أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang
(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri

(نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.
Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata:

"aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)"

hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata:

"Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri-
(أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa masalah/larangan (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.

Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)

Soalan psikologi mengenal peribadi kenalan anda

Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, sahabat2 dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, id kongsikan dengan sahabat2 seme. Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
Fikir…Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

K..cam ner tepuk dada tanya IMAN...

Bayi yang Berkata-kata


Ok id nak kongsi cerita pasal bayi yang boleh berkata2...jom...
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”
Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam...