Kesulitan-kesulitan itu, sebenarnya, akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa sombong. Kesulitan-kesulitan itu; akan meluruhkan kelalaian, menyalakan lentera dzikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang soleh, merupakan wujud ketundukan kepada tiran, merupakan sebuah penyerahan diri kepada Dzat Yang Esa, merupakan sebuah peringatan dini, sebuah upaya untuk menghidupkan dzikir, merupakan upaya untuk menjaga hati dengan bersabar, merupakan persiapan untuk menghadap Sang Tuhan, dan sebuah sentilan untuk tidak cenderung pada dunia, merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar, dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.
Fikirkan & Syukurilah!!
Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada kite. Kerana DIA telah melipatkan nikmat-NYA dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.
"Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya. (QS. Ibrahim:34) "
Kesihatan badan, keamanan negara, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, kita memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyadarinya. kita menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
" Dan, Dia menyempurnakan nikmat-NYA kepadamu lahir dan bathin.(QS.LUQMAN:20) "
Kita memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
" Maka nikmat RABB kamu yang manakah yang kamu dustakan?(QS.Ar-Rahman:13) "
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang mudah? Sedangkan kaki seringkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus-menerus tanpa henti. Apakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang menyenangkan, sedangkan keduanya bisa sahaja tidak kuat dan suatu ketika akan patah?
Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita manakala tertidur lena, ketika sanak saudara di sekitar kita masih ramai yang tidak boleh tidur kerana sakit yang ditanggungnya? Pernahkah kita merasa nista manakala dapat makan makanan lazat dan minuman dingin saat masih ramai orang di sekitar kita yang tidak dapat makan dan minum kerana sakit.
Cuba fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya ALLAH menjauhkan kita dari ketulian. Cuba renungkan dan sentuhlah kembali mata kita itu yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit kita yang terbebas dari penyakit. Dan renungkan betapa dasyatnya fungsi akal kita yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.
Apakah kita ingin menukar mata kita dengan emas sebesar gunung Uhud? Menjual pendengaran kita seharga perak satu bukit? Apakah kita mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah kita hingga kita menjadi bisu? Mahukah kita menukar kedua tangan kita dengan untaian mutiara sehinggalah tiada yang tersisa lagi untuk dirimu sendiri?
Begitulah, sebenarnya kita berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi kita tidak menyedarinya. kita tetap merasa resah, sedih dan gelisah meskipun kita masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk tidur selenanya, dan kesihatan untuk terus melakukan kebaikan di dunia yang fana ini.
Kita seringkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga kita pun lupa mensyukuri yang tersedia ada di hadapan mata. Jiwa kita mudah tergoncang hanya kerana kerugian materi yang mendera. Walhal, sesungguhnya kita masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jembatan penghanta kebahagiaan, kurnian-NYA, kenikmatan dan sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian sama-samalah kita bersyukur…
" Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan. (QS.Adz-Dzariyat:21) "
Fikirkan dan renungkan apa yang ada pada diri, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan apa saja yang tersedia di sekeliling kita. Dan janganlah termasuk golongan…
" Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya. (QS.An-Nahl:83) "
Wallah-hu-a'lam...


0 ulasan:
Catat Ulasan