بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Rabu, 14 April 2010

husnuzon...

Kadang2 kte selalu terlepas pandangkan...
Bersangka Baiklah Dan Jgn Mudah Mencurigai Saudaramu Krn Ia Adlh Perkataan Yg Plg Dusta dan Kebanyakkan Prasangka Buruk Itu Adlh Dosa

Allah brfirman:"Hai org2 yg beriman,jauhilah kebanyakan dari prasangka(curiga),krn sebagian dari prasangka itu dosa”(49:12)

Nabi saw brsbda:"Jauhilah prasangka,krn sesungguhnya prasangka adlh perkataan yg plg dusta. Jgnlah kalian saling mengintip kesilapan org lain dan jgnlah kalian saling mncari kesalahan org lain,dan jgn saling membenci.Tetapi jadilah hamba2 Allah yg bersaudara" (HR Bukhari dan Muslim)

'Umar bin al-Khattab ra, ia berkata,"Jgnlah kamu sekali2 berprasangka terhadap suatu ucapan yg muncul dari saudaramu yg beriman melainkan dgn prasangka yg baik, krn engkau memiliki cara lain utk memahami(perkataan)nya dgn pemahaman yg baik. [Dan ucapan tersebut masih dimungkinkan mengandungi kebaikan].(Atsar riwayat Ahmad dalam kitab az-Zuhd)

wallahualam....

Sedekah yang ikhlas...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasuluallah s.a.w bersabda :

" Ada seseorang berkata, sesunggunnya saya akan menyedekahkan sesuatu"
lantas dia pun mengotakan kata2nya..

sedekah yang pertama jatuh ke tangan seorg pencuri..

1)Sedekah kp pencuri
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada seorng pencuri
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, segala pujian hanya pada-Mu, Sesungguhnya saya akan bersedekah lagi"

Lantas dia menyedekahkan sesuatu..Tanpa diketahui sedekahnya jatuh kepada seorang pelacur

2)Sedekah kp pelacur
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada seorng pelacur
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, segala pujian hanya pada-Mu, Sesungguhnya saya akan bersedekah lagi"


Lantas dia menyedekahkan sesuatu..Tanpa diketahui sedekahnya jatuh kepada orang kaya

3)Sedekah kp orang kaya
Pada keesokan paginya ramai org bercakap bahawa malam tadi ada sedekah diberi kepada orang kaya
Maka orang yang bersedekah itu pun berkata
" Ya Allah, hanya pada-Mu segala pujian, beberapa kali saya telah bersedekah
namum ternyata jatuh ke tangan pencuri, pelacur, dan orang kaya"

Kemudian ada seorang datang lalu berkata kepadanya
" Ada pun sedekahmu kp pencuri, mudah-mudahan ia berhenti daripada mencuri,
sedangkan sedekahmu kp perempuan jahat moga ia berhenti daripada berzina,
sedekahmu kp orang kaya, semoga ia mahu mengambil iktibar dan segera menafkahkan sebahagian harta yang Allah kurniakan kepadanya "

P/s: Dari kisah ne mari lah kite same renungkan dimanakah tahap bersedekah kite...
semoga kite dapat sesuatu dari Allah atas sedekah kite yang sedikit tetapi istiqamah..
tapi kene ingat tersedekah kat orang kaya tak pe tapi ZAKAT tak boleh diberi kepada orang kaya

wawallahualam...

lagu beri semangat

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie


Saya sangat suke dengan lagu ne padat n penuh makna...Emm lagu ne mmg sangat sesuai untuk sesiapa yang rase down sangat.. lagu ne akhi bazli yang tulis berdasarkan pengalamannya sendiri..ketika belajar di Al-Azhar..dimana ketika final akhi bazli demam yang sangat teruk sampai akhi bazli tak boleh ambik exam..n terpaksa ambik paper yang same sem seterusnya.

ketika ini lah perasaan down itu datang n maka ditulis lah lagu...sehebat mana pun kita merancang jika Allah tak izin kan maka tak jadilah...Allah lagi Maha hebat dalam merancang sesuatu untuk hambanya n sesunguhnya perancangan Allah itu yang paling baik untuk hambanya itu...begitu hebatnya Pencipta kite IA tidak merancang untuk kite seorang sahaja tetapi setiap makhluknya...Allah Maha Besar...

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." cuba kita tengok-tengok balik sempurnakah wudhu kite same-samelah kite perbaiki semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang mukmin yang dikenali di hari qiamat kelak...amin..ya rabb..

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

Hanya Jauhari yang kenal manikamnya..so hanya kite sahaja yang tahu dimana tahap diri kite sama2 lah kite perbaiki semoga kita juga tergolong dalam 10 golongan ini insyaallah...amin..

wallahua'lam...

Jangan buka aib orang lain..

Salah satu cara manusia mendedahkan aib org adalah dgn mengumpat. Mengumpat bermaksud mencela, atau memburuk-burukkan orang lain ataupun menyiarkan kesalahan dan aib orang lain di belakangnya. Selalunya perkara ini dihubungkaitkan dengan kaum wanita, yang mana mungkin disebabkan perangai kaum wanita yang gemar atau suka bercakap atau berbual-bual. Walaupun begitu kaum lelaki juga sering terlibat dalam perkara ini.

Ada sesetengah orang beranggapan bahawa tidak dikatakan mengumpat, sekiranya apa yang dikatakan itu memang benar. Hal ini sebenarnya tidak tepat sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:

Daripada Abu Hurairah berkata: “Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?” Baginda bersabda: “(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci”. Dia bertanya: “Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar.”

Tabiat atau penyakit mengumpat ini perlu dihindarkan kerana orang yang mengumpat itu terdedah kepada kemurkaan dan seksa Allah.

Larangan perbuatan ini amat jelas sebagaiman firman Allah:“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud:

Pada malam aku di Isra’kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril, siapa mereka ini?” Jawab Jibril: “Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang.”

Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi.

Perlu disedari bahawa mengumpat itu boleh menghapuskan kebajikan dan amal salih orang yang mengumpat kerana pahala dan amal salihnya akan diambil dan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika habis kebajikannya, maka diambil kejahatan orang yang diumpat itu dan ditanggungkan kejahatan itu ke atasnya dan ditulis di dalam rekodnya.

Jadi seseorang itu hendaklah sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkan dan merasa malu mencela orang lain, dikhuatiri dirinya sendiri mempunyai aib seperti orang itu atau mungkin lebih dahsyat lagi.

Hendaklah seseorang itu mencari punca yang membawanya mengumpat, supaya dia dapat membuang penyakit mengumpat itu daripada dirinya, dan wajiblah orang yang mengumpat itu bersegera bertaubat dan hendaklah juga dia bersegera meminta maaf daripada orang yang diumpatnya itu.

Di dalam sebuah hadis shahîh yang bermaksud: “Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.”

Oleh itu orang orang Islam digesa meminta maaf dari sekarang. Akan tetapi bagi orang yang tidak dapat dicari atau orang yang sudah meninggal, sayugialah banyak-banyak meminta ampun baginya dan mendoakannya dengan rahmat, keampunan dan belas kesihan daripada Allah Subhanahu wata’ala jua.

Begitu juga jauhi diri daripada bersifat tajassus atau mengintip serta mencari-cari keaiban dan keburukan orang lain yang tersembunyi sebagaimana firman Allah: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah al-Hujarât:12)

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahasiakan di lobang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.
"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain ke arah kebaikan
wa'allahualam...

Kembalinya..

بسم الله الرحمن الرحيم

Allhamdulilah...akhirnya setelah sekian lama sy x update blog ne akhirnya terupdate jugak...itupun naib baik password betul.. coz sy bkn x ingt tp confs password mn satu...hehe..

Emm 1431 semakin banyakn..namum ati sering bertanya sebanyak manakah sumbangan sy kepada Agama.. " Ya ALLAH permudahkan segala urusanku agar sepanjang hidupku sebagai hambamu dapat kiranyaku memberi sumbangan kepada agamamu..

surah Muhammad ayat :7 Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Saya amat yakin dengan ayat ne..n sy nak mengajak sahabat2 semua berpegang juga dg ayat ne... ia sangat berguna bila mana akan tiba satu keadaan yg kite sendiri akan keliru memilih dunia atau akhirat.. n dlm keadaan keliru 2 baca ayat ne n hayati maksud nya.. insyaallah pasti keputusan yg kite pilih itu terbaik..

Contoh situasi pelajar:
keliru memilih sama ada menghadiri usrah ( insyaallah bekalan akhirat) atau study untuk test (bekalan dunia) esk yg langsung x faham n perlu lebih masa utk ulang kaji... Maka dalam keadaan ini tepuk dada tanya iman bkn tanya selera...n rujuk balik kepada surah Muhammad ayat 7 ne.. tentu kite akan dapat jawapanNya.. peringatan ini juga utk diri yang hina ini...semoga kita semua hidup dalam redaNya Amin..amin ya rabb..





Sabtu, 3 Oktober 2009

Teka-Teki Imam Al-Ghazali..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

Wallah-hu-a'lam